Selasa, 22 Januari 2019

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK PINTAS RAYA TAHUN 2019



Alhamdulillah Kejohanan Sukan Balapan Dan Padang SK Pintas Raya kali Ke-47 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang bestnya tahun ni pertama kalinya menggunakan padang baru. Sejak dari tahun 2015 hingga tahun 2018 setiap kali Kejohanan Sukan Sekolah akan diadakan di Padang UTHM kerana faktor padang sekolah yang kecil.


Pada tahun ini Unit PPKI juga turut serta dalam acara perbarisan, acara lumba lari 50 meter, 100 meter dan acara sukaneka. Macam- macam aksi yang dipersembahkan oleh anak-anak istimewa ni. Dan yang penting mereka dapat bergaul dengan orang sekeliling dan orang sekeliling pun faham dengan kelainan upaya anak-anak istimewa ini.


Pada tahun ini rumah biru dinobatkan sebagai juara. Tempat kedua dirangkul rumah hijau. Tempat ketiga pula dirangkul rumah kuning. Manakala rumah merah mendapat tempat keempat. Alhamdulillah berakhir sudah sukan tahunan sekolah dengan jayanya bagi tahun 2019.








Tiada ulasan: