Jumaat, 27 Julai 2018

Gerhana Bulan Paling Lama



Pada 28 Julai 2018 ini dijangka gerhana bulan paling lama akan berlaku. Ia akan berlaku selama 1 jam 43 minit.

Di Malaysia katanya fasa gerhana separa bermula kira-kira jam 2.24 pagi dan secara perlahan-lahan tetapi boleh kelihatan dengan jelas, permukaan bulan menjadi gelap sedikit demi sedikit.

Bulan purnama ini akan bertukar menjadi 'sabit' sehinggalah mencapai kegelapan penuh kira-kira sejam selepas itu. Ini menandakan permulaan fasa gerhana bulan penuh berlaku jam 3.30 pagi selama kira-kira 1 jam 43 minit.

Fasa gerhana penuh ini berlangsung sehinggalah jam 5.13 pagi apabila bulan mula keluar dari kawasan zon bayangan umbra.

Ketika itu, bulan kelihatan bercahaya semula sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan bulan berada di luar kawasan bayang-bayang bumi kira-kira jam 6.19 pagi.



Solat gerhana bulan (khusuf) boleh dilakukan sebaik tompokan hitam mula kelihatan dengan jelas kira-kira jam 2.24 pagi dan berlarutan sehingga gerhana berakhir kira-kira jam 6.19 pagi.

Tiada ulasan: