Isnin, 21 Mac 2016

TIP PEMAKANAN SIHAT PADA MUSIM PANAS


Pada musim panas, perkara yang paling penting adalah pengambilan air yang mencukupi. Ianya bagi mengelakkan badan daripada menjadi kering atau mengalami penyahidratan (dehydration). Ikuti tips pemakanan sihat pada musim panas berikut:



1) Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari



2)Kurangkan minuman yang manis atau berkafein. Pengambilan minuman yang berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat boleh meningkatkan pengeluaran air dari badan.



3) Kurangkan makanan yang pedas bagi mengelakkan peningkatan suhu badan.



4)Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak air seperti buah-buahan (tembikai; betik dan tembikai susu) dan sayur-sayuran (tomato; timun dan sawi) serta masakan seperti sup; tumis air dan masak pindang.

Tiada ulasan: